Thursday, August 27, 2009

Pembukaan Rasmi

Salam sayang buat semua teman seperjuangan. Setelah sekian lama kita tunggukan kini barulah masterblog bepeluang untuk menuliskan sesuatu untuk tatapan rakan-rakan. semoga dengan pembukaan laman baru ini akan memberikan ruang yang lebih luas untuk kita berbicara sesama kita dan bertukar pendapat. Caranya amat mudah dan senang. Anda boleh berhubung terus dengan cara panggilan telefon atau SMS kat masterblog. 0199316385. Atau berikan komen diruangan blog atau masuk log in dan expose karya anda dengan id n pasword (mintala kat masterblog) atau emailkan sahaja di kaunselorpkpg@yahoo.com. insyaAllah masterblog akan sentiasa cuba yang terbaik demi matlamat persatuan kita.
Mana yang jauh didekatkan yang dekat kita serasikan, yang mesra kita satukan. Saya amat mengalukan mana-mana rakan untuk menyumbang idea dalam blog ini yelah mana tau sumbangan itu sangat diperlukan rakan lain. tidak mustahil satu hari nanti kita akan bersama untuk reunion. Hahaha best kan bunyinyer. Ok untuk rakan-rakan yang dah hilang alamat rakan lain saya akan cuba siarkan kembali alamt tersebut di blog kita.
Tidak lupa juga kepada yang ingin menyumbang gambar terbaru mereka dan anak-anak atau sesiapa yang dikenali ker. Sebelum berundur sukacita saya nak mengucapkan selamat bergaraduat untuk semua rakan walau agak terlewat. Inilah sesukar mana kita melangkah pada awalnyanya akhirnya.....

No comments:

Post a Comment