Saturday, November 14, 2009

salam pengantin

Seperti yang dijangka wedding of the year tahun pasti berlaku dikalangan kumpulan kita. Tahniah diucapkan kepada bakal pengantin dan selamat mendirikan rumahtangga yang penuh pancaroba, dan semoga kekal hingga ke akhir hayatmu. Kepada yang pernah mengidamkan sahabat ni bersabarlah yer kerana dah jodoh dia bersama insan tercintanya. huhuhu takut ada pulak yang frustated pulak nanti. Cuma time tu mungkin ada para sahabat yang gak sukar nak hadir di hari persandingannya. Terkilan gak lah apapun tahniah dna doa kami sentiasa ada untuk anda sebab anda ni teman paling sejati saya sepanjang dalam pkpg. Miss that moment. kawan-kawan tak mau ker send wish apa-apa bagitau jer. salam pengantin.



Wednesday, October 7, 2009

LNPT

Sayugia saya catatkan di sini untuk tatapan dan pengesahan rakan-rakan berkaitan SKT atau prestasi kita. menurut Pn Azimah di KPM menyatakan bahawa semasa kita 6 bulan pertama bagi tahun yang dinilai kita masih berada di bawah UPSI. Kemudian penyambungan praktikum kita masih di sekolah tempat posting selama lebih kurang 2 minggu. Bahagian Pinjaman dan biasiswa masih bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat pergerakan gaji bagi tahun 2009. Oleh itu jika mengikut bacaan pada terma syarat SKT kita perlu kepada pengesahan pensyarah/PA atau Ketua Jabatan BNK UPSI. Untuk itu harus dilampirkan sekali ialah Surat Kebenaran cuti belajar, Salinan Ijazah, Transkrip peperiksaan, Salinan surat Posting dan surat iringan menyatakan kita telah pun posting di sekolah berkenaan. Harap penjelasan ini dapat memadamkan segala kekaburan dan mana-mana terma yang menyatakan hanya perlu hantar di sekolah.

Wednesday, September 16, 2009

Putera Kesayangan Yati Yusuf

Pendaftaran SPP

Sahabatku kaunselor pkpg. Sudahkah anda mendaftar sebagai pemohon temuduga SPP? kalau belum macamana nak naik ke DG41? jadi jangan tunggu lagi silalah daftarkan diri anda di Http://www.spp.gov.my/ lepas tu klik di ruangan permohonan PPP sebelah kiri. Daftarlah dulu dengan Nama penuh dan IC dan pasword.. Kemudian barulah anda gunakan pasword untuk log in. Kemudian anda lengkapkanlah borang yang dipaparkan. tetapi sebelum itu bersedialah dengan Surat posting DGA29 dan Yang terbaru, slip gaji, sijil SPM atau STPM, Diploma atau Ijazah, surat tawaran belajar separuh gaji, surat sah dalam jawatan pertama. Kemudian barulah daftar nama anda. Mudah-mudahan anda akan dipanggil sepantas mungkin dan cepatlah ditawarkan sebagai DG41.Tapi kalau lambat pun ada tunggakan cuma AWAS jangan sampai dah setahun baru anda nak daftar sebab anda akan terima surat tunjuk sebab. So fikir-fikirkan dan selamat beramal. So ada komen klik jer kat bawah kanan yang tulis Comment.

Monday, September 7, 2009

Surat Mohon dikurangkan PTPTN

Kebanyakan rakan kita dari kelompok PKPG upsi yang lain memberitahu kita mesti menulis surat untuk mohon dikurangkan bayaran PTPTN. Masterblog pun tidak pasti kenapa kita harus berbuat demikian sedangkan surat pemberitahuan bahawa kita diminta membayar PTPTN pun belum keluar. Apapun sesiapa mempunyai rakan yang boleh dipercayai dan dapat membantu dari geng lain sila maklumkan dalam blog ini. Contoh surat ada dengan masterblog so apalagi siapa yang berminat sila baritahu masterblog.

HKG ditarik Balik?

Berita yang diterima dari seorang rakan kita menyatakan bahawa HKG bagi DGA29 yang sambung belajar telah ditarik balik. Namun untuk kepastian perkara ini saya menjemput rakan-rakan untuk menyemak sendiri dan fahami apakah yang dikatakan oleh NUTP ni. so link la kat sini dan anda nilai sendiri http://www.nutp.org/malay/index.html. harap anda baca dan fahami dulu baru komen.

Saturday, September 5, 2009

Salam Ramdhan

Ramadhan datang ramadhan pergi. Tiba pula Syawal membawa seribu erti. Setiap Tahun Kita akan merayakannya setelah berhempas pulas dan bersungguh-sungguh menjalani ibadah puasa. Namun apabila menyebut tentang puasa teringat zaman di IPDA. asal mula petang jer mulalah mencari juadah yang paling best. tidak cukup kat depan taman siswa sampai ke Jitra la sampai ke Air Hitam la. ada plak tu buka puasa kat bandar Alor setar. Tidak lupa juga solat terawih kalau nak tau dimana sahaja ada Masjid disitulah sahabat pergi. nak rasa kelainan. tapi kekerapan adalah kat masjid hijau kat Trafik Light. betul tak kawan-kawan. ha Untuk menunjukkan kita ni dah lama satu Malaysia teringat kita buka puasa kat umah Encik Fadzil. dari situlah kita mula mengenali dna mendekati insan bernama Fadzil. kalau dah bersembang tak reti nak berhenti. So Kawan-kawan mungkin ada kenangan di IPDA marilah kongsikan send kat saya di kaunselorpkpg@yahoo.com atau log in sendiri dalam ni. Satu lagi kenangan berpuasa di UPSI apa cerita?



Tuesday, September 1, 2009

Welcome friend

Lama dah tunggu kawan-kawan login dan menambahkan lagi keceriaan blog kita ni. Seperti biasa masterblog harap ianya akan memberi manfaat terbaik untuk rakan-rakan. Selain info terbaru dan maklumat terkini kita akn sentiasa berhubung walau dimana anda berada. Kerana di negar akita sekrang dah banyak outlet yang menggunakan WIFi atau cyberkopi. So gunakanlah untuk kebaikan kita bersama. Bagi rakan sila hubungi masterblog untuk mendapatkan maklumat bagaimana nak login dan buat new post. Cuma sekarang harap maaf bil telefon belum dibayar so tak dapat nak balas.

Sunday, August 30, 2009


Kenangan DI masa Merdeka

Apabila tiba hari kemerdekaan je timbullah kembali kenangan silam sewaktu ita semua berada di IPDA. Sudah pasti kawan-kawan masih terasa kehangatan CAKNA MERDEKA. terbaynag juga kembali wajah cik Malik. begitu bersungguh-sungguh. Pengorbanan dan kekuatan pasukan kita menghasilkan sesuatu yang amat luar biasa. semacam peringkat negeri plak. di sini masterblog cuba mengimbasu balik gambar kenagan tu mana letaknya.disebalik cakna tu ada kisah yang menjadi rahsia antara masterblog ah Yau en malik dan pn laila..sadis

Friday, August 28, 2009

3 stoogers


Tolong Boleh tak

Salam rakan-rakanku. Setelah tamat sahaja praktikum kita pada 31 jun 2009 walaupun disambung secara tidak sedar dalam posting kita semakin jauh. Walau bertemu kembali di arena konvokesyen namun tak sama rasanya. Sebab masing-masing BZ dengan keluarga masing-masing. Bab tu masterblog pun nak minta maaflah sebab sama dengan jer. apapun bagi rakan-rakan yang sempat jumpa nampak begitu xcited dan teruja sekali. masing-masing dengan gaya masing-masing. Tak ketinggalan juga yang lewat sampai dan hadir bersama kegugupannya. hehehehe jangan marah Zam. sembang-sembang jer. Apapun yang masterblog nak minta tolong sini adalah mana-mana rakan yang dah ada blog sendiri apalagi follow jer blog ni dan harapan masterblog agar misi kita berjaya. Lepas ni harap kawan-kawan dapat send kat masterblog nama sekolah posting semasa anda. haraaaaaap sangat. ok

Jom upgrade

Pengumuman untuk rakan-rakan yang masih belum tahu. Upsi dah buka untuk permohonan master bagi semua. so apalagi tunggu teruskanlah perjuangan dan ambillah master dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Mudahan selepas ini melimpah lagi rezeki anda. So untuk mendaftar sila buka laman web upsi. Masterblog dapat tahu ramai gak yang dah mohon. Masterblog tak tahu lagi. Sebab kemasukan bulan 12 so bagi master belum kukuh lagi kewangan rasanya. Kalau nak ambil pun jauh sangat. Apapun bagi rakan yang bersemangat waja macam kak Liza, Yati dan Rao semoga berjaya dan tak lupa Fazli Penang.

Thursday, August 27, 2009

Pembukaan Rasmi

Salam sayang buat semua teman seperjuangan. Setelah sekian lama kita tunggukan kini barulah masterblog bepeluang untuk menuliskan sesuatu untuk tatapan rakan-rakan. semoga dengan pembukaan laman baru ini akan memberikan ruang yang lebih luas untuk kita berbicara sesama kita dan bertukar pendapat. Caranya amat mudah dan senang. Anda boleh berhubung terus dengan cara panggilan telefon atau SMS kat masterblog. 0199316385. Atau berikan komen diruangan blog atau masuk log in dan expose karya anda dengan id n pasword (mintala kat masterblog) atau emailkan sahaja di kaunselorpkpg@yahoo.com. insyaAllah masterblog akan sentiasa cuba yang terbaik demi matlamat persatuan kita.
Mana yang jauh didekatkan yang dekat kita serasikan, yang mesra kita satukan. Saya amat mengalukan mana-mana rakan untuk menyumbang idea dalam blog ini yelah mana tau sumbangan itu sangat diperlukan rakan lain. tidak mustahil satu hari nanti kita akan bersama untuk reunion. Hahaha best kan bunyinyer. Ok untuk rakan-rakan yang dah hilang alamat rakan lain saya akan cuba siarkan kembali alamt tersebut di blog kita.
Tidak lupa juga kepada yang ingin menyumbang gambar terbaru mereka dan anak-anak atau sesiapa yang dikenali ker. Sebelum berundur sukacita saya nak mengucapkan selamat bergaraduat untuk semua rakan walau agak terlewat. Inilah sesukar mana kita melangkah pada awalnyanya akhirnya.....