Wednesday, October 7, 2009
LNPT
Sayugia saya catatkan di sini untuk tatapan dan pengesahan rakan-rakan berkaitan SKT atau prestasi kita. menurut Pn Azimah di KPM menyatakan bahawa semasa kita 6 bulan pertama bagi tahun yang dinilai kita masih berada di bawah UPSI. Kemudian penyambungan praktikum kita masih di sekolah tempat posting selama lebih kurang 2 minggu. Bahagian Pinjaman dan biasiswa masih bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat pergerakan gaji bagi tahun 2009. Oleh itu jika mengikut bacaan pada terma syarat SKT kita perlu kepada pengesahan pensyarah/PA atau Ketua Jabatan BNK UPSI. Untuk itu harus dilampirkan sekali ialah Surat Kebenaran cuti belajar, Salinan Ijazah, Transkrip peperiksaan, Salinan surat Posting dan surat iringan menyatakan kita telah pun posting di sekolah berkenaan. Harap penjelasan ini dapat memadamkan segala kekaburan dan mana-mana terma yang menyatakan hanya perlu hantar di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)